Nama.

AKHIRNYA BUKTI JELAS PM8 ANGKAT SUMPAH BUKAN MENGGUNAKAN NAMA SEBENAR DITEMUI

Saya telah mendengar berulang kali video ini, ternyata lelaki didalam video ini tidak menyebut nama sebenar beliau Mahiaddin Bin Md Yasin ketika mengangkat sumpah
https://youtu.be/zZIpxZFknc4

Malah, nama samaran beliau Muhyiddin juga tidak disebut dengan jelas. Yang pasti, lelaki ini menipu bab nama bapanya dihadapan DYMM SPB YDP Agong. Beliau menyebut nama bapanya Mohd Yassin, sedangkan nama sebenar bapanya Md Yasin. https://www.parlimen.gov.my/profile-ahli.html?uweb=dr&id=3667

Sehubungan dengan itu, kami dari Laskar Suber Malaysia menuntut agar Majlis Mengangkat Sumpah Perdana Menteri dilakukan semula menggunakan nama yang diwartakan sepertimana nama didalam MyKad lelaki terbabit. Kesemua dokumen yang pernah ditandatangani oleh lelaki terbabit sebagai Perdana Menteri atau jawatan lain yang disabdang beliau menggunakan nama samaran juga seharusnya ditandatangani semula selepas Majlis Mengangkat Sumpah dilakukan.

Walaubagaimanapun, sebelum diangkat menjadi Perdana Menteri, sewajarnya proses pembuktian bahawa lelaki terbabit mempunyai majority untuk diangkat sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perlembagaan Malaysia Perkara 43(2) (a) dilakukan terlebih dahulu.

Dato’ Lokman Noor Bin Adam
Presiden
Laskar Siber Malaysia
6hb April, 2021

Leave a Comment